Tuesday, October 7, 2008

Raya, Raya dan Raya


Akhirnya raya telah tiba. Memang la tak dinafikan ini hari yang ditunggu oleh semua orang. Aku macam raya2 yang lepas balik kampung parents kat pontian ngan Batu Pahat. Tapi rasanyer raya kali ni kurang meriah pasal abang aku yang kedua tak dapat balik beraya. Tapi bukan sebab tu jer..

Biasanyer sebelum raya kiteorang berkumpul dulu kat rumah parents aku. Yang dapat datang raya pertama tu cuma abang aku yang sulong.. Tu pon pasal dia duduk dekat ngan kampung. Abang aku yang ketiga pon dapat jumpa raya ketiga kat kampung Batu Pahat. Time tu abang aku yang first dah kene balik pasal kene kerja. So tak dapat la kiteorang satu family berkumpul serentak.. Memang agak kecewa la jugak.

Tapi nak wat camner, orang kata dah takdir. Harap-harap raya tahun depan dapat la kiteorang berkumpul satu family.

(Ni memang favourite time raya)

Bulan Puasa

Bulan puasa telah pon berlalu. Telah pon aku berjaya berpuasa penuh walaupun terdapat banyak halangan dan dugaan di bulan yang mulia ini. Terasa paling tercabar biler satu hari tu lupa nak sahur. Kelas pulak full dari pukul 8 sampai 6 petang. Memang la goyah terasa iman nih. Balik rumah nampak cina ngan india makan besar. Memang ler meleleh ayaq lioq. Tapi berkat kesabaran dapat juga menunaikan rukun islam ketiga nih.

Ada gak kes berbuka ngan air jek. Duit waktu tu dah abis. Terpaksa la korek tabung syiling kat rumah tu (selamat ada tabung). Kira punya kira, cukup la nak beli milo ais. Bile berbuka, kawan aku tanya mana makanan aku. Aku cakap la lupe nak beli. Last-last kantol gak pasal takde duit. Malam tu dieorang belanja aku makan. Terharunyer rasa hati. Hehe padahal suka pasal dapat makan free.

Favourite Music

Setelah lama berkecimpung di arena muzik ni. Aku telah mendengar pelbagai jenis lagu dari segala genre. Daripada boyband kepada rock dan sekarang tengah seibuk melayan lagu-lagu berunsur trance.

Trance merupakan cabang lagu yang mempunyai unsur bunyi 'bass' yang kuat. Walaupun tuan empunya diri ini tak reti menari, namun lagu-lagunyer memang nak menggerakkan anggota tubuh badan. Cabang daripada trance nih ada banyak macam progressive trance dan sebagainyer. Tapi aku pon tak tahu aper bender tu semua. Janji lagu tu best. DJ Tiesto merupakan dj trance yang diminati sekarang. www.tiesto.com

Tapi sekarang, aku lebih berminat lagu trance yang berentak perlahan dan menenangkan jiwa. Genre itu dipanggil 'chillout' ataupun 'ambient'

Hidup Sebagai Seorang NR

Barulah aku tahu yang hidup sebagai seorang NR memang susah. Memandangkan aku takde kenderaan sendiri, terpaksalah tumpang kawan. Tiap-tiap hari plak tu. Semester depan, nak tak nak kene cari kenderaan. Paling kurang motor la. Ni la kereta yang aku naik tiap-tiap hari.